Saturday 13 July 2013

Set Ibu Bersalin

Set Ibu Bersalin


Setiap wanita yang bergelar ibu pasti merasai detik atau pengalaman mengandung 9 bulan dan saat-saat melahirkan anak. Keadaan pahit dan manis ini menyebabkan para ibu kehilangan banyak khasiat dan nutrien dalam badannya. Oleh itu, selepas bersalin para ibu diwajibkan berpantang selama 44-60 hari, malahan ada yang berpantang sehingga 100 hari.

Dengan berpantang, ibu-ibu dapat mengembalikan kecergasan dan kesihatan tubuh badan seperti sedia kala. Antara amalan berpantang yang masih dianuti ialah 
  1. memakai bengkung, 
  2. mengurut, 
  3. bertangkas, 
  4. pilis, 
  5. param
  6. makan jamu, akar kayu
  7. mandian herba atau sauna
Sesetengah ibu boleh menerima bau dan rasa jamu. Tahukah anda hampir 80% ibu yang yang makan jamu akan secara langsung menyebabkan anak yang disusukan mendapat demam kuning! Ya, kesihatan ibu memang penting dan amat perlu, namun pengambilan jamu dan akar kayu ini turut mempengaruhi kesihatan si comel tersayang. Kebanyakan set bersalin dipasaran memang mempunyai alatan bersalin yang lengkap. Namun, tidak semua pun anda guna sampai habiskan! 

Sesetengah para ibu pula tidak tahan makan jamu. Mungkin kerana rasa, bau dan kesan jamu yang menghangatkan badan itu turut memberikan kesan lain kepada ibu. Oleh itu, Shaklee mengeluarkan produk SET IBU BERSALIN yang sesuai untuk para ibu zaman moden kini.

Apa kelebihan set bersalin shaklee?

1. Membuang angin dalam badan

2. Melancarkan urat saraf dan mencegah sembelit kepada para ibu

3. Mencegah pening dan pitam ibu berpantang

4. Memulihkan urat selepas bersalin

5. Menyembuhkan luka-luka dalaman setelah bersalin

6. Melegakan rasa kebas dan sakit sendi

7. Memperbanyakkan susu ibu

8. Ibu kembali langsing seperti sebelum mengandung

Kenapa saya harus memilih set bersalin shaklee?

Tahukah anda set bersalin shaklee memang HANYA mengandungi supplemen sahaja dan tidak mempunyai bengkung, param, pilis dan lain-lain?. Tahukah anda lagi, barangan itu semua anda boleh dapatkan dipasaran dan membeli secara berasingan?. DAN TAHUKAH ANDA Set bersalin shaklee bukan sahaja mementingkan kesihatan dan pemulihan dalaman si ibu (kebanyakan set bersalin di pasaran hanya mementingkan ini), malahan ibu akan kembali langsing, cantik dan menawan selepas berpantang. BUKAN ITU SAHAJA set bersalin shaklee juga turut menitik beratkan kesihatan si anak yang baru dilahirkan.

  1. Pemakanan yang tidak mengandungi bau yang kurang menyenangkan seperti jamu
  2. Selamat untuk ibu menyusu dan anak
  3. Menghindarkan bayi dari jangkitan Demam Kuning
  4. Menyembuh luka-luka bersalin
  5. Pembersihan toksin dari sistem badan
  6. Memperbanyakkan susu ibu
  7. Menurunkan berat badan
  8. Membentuk kontur tubuh yang menarik
  9. Memberikan tenaga berpanjangan
  10. Mencantik dan menganjalkan kulit
  11. Memulihkan libido untuk fungsi keintiman
  12. Melindungi kesihatan rambut dan dan kuku bayi
  13. Meningkatkan imuniti si ibu dan anak
  14. Mengurang dan memudarkan kesan hitam pada regangan kulit (stretch mark)

Tuesday 9 July 2013

Set ibu hamil

Ibu hamil memerlukan tenaga dan zat lebih dari wanita biasa. Apa yang ibu makan, khasiatnya akan disalurkan kepada si anak dalam kandungan. Dalam keadaan ini, ibu hamil perlu mengambil pemakanan yang berkhasiat untuk dirinya dan demi si anak yang dikandung. Adakah ibu hamil cukup mendapat zat dan khasiat daripada pemakanan yang diterima seharian?SUDAH PASTI TIDAK!! 
Oleh itu, ibu hamil perlu mengambil supplemen atau vitamin tambahan untuk kesejahteraan dirinya dan anak.
Shaklee memberikan pelbagai manfaat dan zat yang berguna kepada ibu hamil. Pada trimester I, ibu hamil digalakkan mengambil Vita-Lea, B Complex, Vita C dan Ostematrik serta tambahan ESP (untuk kecantikan kulit ibu dan anak serta memberi tenaga yang berterusan)
Apa kepentingan supplemen ini?

KEPENTINGAN VITA-LEA

1. Vita-Lea dapat membantu tumbesaran bayi dalam kandungan. Supplemen ini diformulasikan dengan zat besi yang diperlukan oleh ibu hamil serta anak dalam kandungan. 
2. Vita-Lea dikenali sebagai multivitamin yang mengandungi pelbagai zat yang diperlukan ibu hamil. Oleh itu, si ibu hamil tidak perlu mengambil obimin lagi.
3. Vita-Lea dapat memulihkan selera makan ibu hamil. Ibu hamil sudah pastinya mengalami loya-loya dan tidak lalu makan bukan! Di sinilah Vita-Lea memainkan fungsinya.
4. Mencegah ibu hamil pitam atau pening. Vita-Lea dapat mengelak masalah anemia dan kekurangan sel darah merah. Ia akan mengantikan sel lama kepada sel baru yang diperlukan tubuh ibu hamil.

KANDUNGAN VITA-LEA
Vita A, Vita D, Vita C, Vita E, Asid folik, Vita B1, Vita B2, Vita B3,Vita B5, Vita B6, Vita B12, Biotin, Kalsium, Fosforus, Iodin, Zat Besi, Magnesium, Copper dan Zink

KEPENTINGAN B COMPLEX
1. Amat penting dalam pembinaan tulang bayi dan mengelakkan kecacatan pada janin.
2. B Complex dapat memberikan tenaga seterusnya mencegah ibu hamil daripada lesu dan kemurungan.
3. Bersifat detoksifikasi iaitu membantu dalam meredakan alahan ibu hamil. selain itu,
4. Mecegah ibu hamil pening, muntah-muntah dan keletihan.




KEPENTINGAN VITA C


1. Mencantikkan kulit ibu hamil daripada menjadi kering.
2. Membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
3. Amat penting bagi menjaga kesihatan gigi dan gusi.
4. Menguatkan sistem imun badan ibu dan anak dalam kandungan.
5. Mengurangkan kolestrol dan tekanan darah si ibu hamil


KEPENTINGAN OSTEMATRIK





1. Mempunyai kandungan kalsium dan magnesium
2. Amat baik untuk pembinaan dan prtumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi
3. Mengurangkan sembelit dan kekejangan pada ibu hamil
4. Melancarkan peredaran darah.



Pada trimester II-III, ibu hamil perlu mengambil omega guard. Omega guard shaklee diperbuat daripada ikan terbaik dunia. Ia amat penting dalam pembentukan otak bayi. Ia mengandungi DHA & EPA untuk perkembangan otak dan mata bayi.
                                                                        Trimester II-III

Monday 8 July 2013

Gaya Hidup Sihat dengan Shaklee

Tubuh badan kita sepatutnya tidak memerlukan supplemen. Ya, jika beratus tahun dahulu. Ya, jika kita menerima sumber air yang segar dan bersih, sayuran dan tanaman yang bersih tanpa baja kimia. Ya, jika kita menerima sumber makanan haiwan yang tidak tercemar..udara yang bersih dan segar. Namun, hakikatnya tidak begitu. Sungguh mengecewakan bukan!. Oleh itu, supplemen diambil bagi meneruskan hidup kita. 

Mengapa kita memerlukan supplemen?? 


  1. kita memerlukan supplemen kerana tubuh kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi dari makanan. Vitamin dari pemakanan tidak mencukupi bagi kesan pencegahan penyakit dan anti-penuaan.
  2. Buah-buahan dan sayuran mungkin tercemar. Penggunaan baja sintetik dan racuun perosak mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
  3. Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan.
  4. Gangguan penyerapan zat makan di dalam tubuh berlaku akibat pengambilan pil penahan sakit, laksatif, ubat-ubatan, alkohol, minuman keras dan antibiotik.
  5. Amalan diet yang tidak sihat seperti pengambilan kafein berlebihan, lemak, kolestrol, gula, dan garam telah mengurangkan simpanan mineral dan mengganggu penyerapan mineral.
  6. Gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang mencabar, sibuk dan stress menyebabkan kurangnya penjagaan diri dan mengakibatkan masalah kesihatan.
  7. Kurangnya penyediaan makanan sihat di rumah dan gemar makanan segera yang tinggi kandungan MSG merupakan penyumbang kepada masalah kesihatan.
  8. Persekitaran tercemar dan immunisasi yang lemah akibat kekurangan mineral dan vitamin telah menyebabkan diri mudah dihinggapi penyakit.